Pakar Kanak-kanak Yang Dipercayai
Mengenali Dr. JoAnn
Dr JoAnn adalah doktor pakar kanak-kanak yang memberikan rawatan pediatrik kepada bayi dan kanak-kanak di Selangor dan KL. Dengan pengalaman bekerja di empat hospital kerajaan lebih dari 10 tahun, Dr JoAnn sudah biasa dengan pelbagai kaedah perubatan, pengurusan perubatan dan amalan vaksinasi di Malaysia.
Dengan minat yang mendalam dalam kejurusan pediatrik, Dr Joann dapat membantu untuk mengenal pasti dan mendiagnosis tanda-tanda awal masalah kesihatan anak anda, serta memberi nasihat kepada ibu bapa dan penjaga mengenai tindakan selanjutnya.
Khidmat Pediatrik untuk Bayi dan Anak Anda

PAKAR KANAK-KANAK YANG BERKELAYAKAN
Dr JoAnn berpengalaman lebih dari 10 tahun dan dia diiktiraf sebagai pakar pediatrik oleh Majlis Perubatan Malaysia.

PROFESIONAL DAN MESRA
Kami tahu bagaimana rasanya menjadi ibu bapa. Oleh itu, kami berjanji bahawa anda akan diberi nasihat profesional dan pendekatan mesra untuk anak-anak anda.

KLINIK PAKAR KANAK-KANAK
Anak-anak anda akan menikmati suasana yang selesa di klinik kanak-kanak kami. Dengan pelbagai kemudahan di sekitar klinik, lawatan anda ke klinik adalah lebih menyenangkan.

BERSIH DAN KERAP DISANITASI
Yang paling penting adalah klinik kami bersih dan kerap disanitasi. Anda tidak perlu bimbang tentang mikro-organisma yang berbahaya di sekitar anak-anak anda.
PERKHIDMATAN SAYA
LAWATAN KLINIK BAYI & KANAK-KANAK
Pakar kanak-kanak kami yang berpengalaman akan membantu anda dengan rawatan anak anda. Dari pemeriksaan awal, pemantauan pertumbuhan dan pengambilan makanan, penyakit hingga imunisasi, kami menjaga semua keperluan bayi anda. Kami juga membantu ibu bapa baru dengan menjawab soalan dan masalah mereka.
ISNIN – JUMAAT 9AM – 1PM
ISNIN – JUMAAT 6PM – 9PM
LAWATAN SAKIT
Kami prihatin dengan kesihatan anak, oleh itu kami akan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan untuk anak-anak anda enam hari seminggu. Kami memastikan pemeriksaan kesihatan segera untuk anak anda agar rawatan dapat dimulakan seawal mungkin.
ISNIN – JUMAAT 9AM – 1PM
ISNIN – JUMAAT 6PM – 9PM
IMUNISASI
Imunisasi amat penting dalam memastikan perkembangan dan pertumbuhan yang sihat untuk bayi dan anak-anak yang bersekolah. Kami dapat membantu anda memastikan imunisasi anak anda sentiasa terkini.
ISNIN – JUMAAT 9AM – 1PM
ISNIN – JUMAAT 6PM – 9PM
TELE-PERUBATAN
Kami juga menyediakan perkhidmatan nasihat dalam talian jika anda tinggal di kawasan terpencil atau mempunyai jadual yang sibuk. Dengan menggunakan telefon anda, kami dapat berhubung dengan anak-anak anda dan memberikan diagnosis awal.
BERDASARKAN TEMUJANJI
Lawati Klinik Pakar Kanak-kanak Kami
ABC CHILDREN SPECIALIST CLINIC
F1-15, Centrepoint, Bandar Utama, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, Malaysia
Tel: (03) 7726 1126
(mudah dikunjungi oleh penduduk dari Bandar Utama, TTDI, Damansara, Sri Hartamas, Mont Kiara, Bangsar, Kepong dan Menjalara)
ISNIN – JUMAAT 9AM – 1PM
ISNIN – JUMAAT 6PM – 9PM